Pages

Tuesday, October 27, 2020

Aku dan Cat Putih

Pagi semalam, aku dan kakak menjalankan misi mengecat pagar. Tin cat yang baru dibeli dibuka. Kacau-kacau sikit, kemudian dituangkan ke dalam bekas cat tu. Dan kami pun memulakan aktiviti mengecat.
Lumut di pagar dikikis dahulu, konon nak betul-betul clean la ni. Kemudian, kami menyapu berus cat ke pagar.
"Aikk apesal tak mau lekat ni?"
"Eh haah la. Alaaa tak cantik kalau macam ni."
"Kenapa eh tak boleh lekat? Tak cukup pekat ke cat ni? Cair sangat eh?"
Buntu dengan apa yang harus dilakukan, kami meneruskan saja proses mengecat tersebut. Aku senyap saja, sambil memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan isu "cat tak kena" ni. Berkali-kali juga disapu, tetap membuahkan hasil yang sama. Rasa kecewa jugak la sebenarnya.
Sambil aku melayan perasaan sendiri sambil memerhatikan "karenah" cat itu, aku terfikir sendiri, proses mengecat itu tidak ubah seperti proses taubat. Kita sendiri tahu betapa banyak noda yang terlekat di hati kita. Dan kita tahu, hanya dengan taubat saja mampu dibersihkan kekotorannya. Tapi cukupkah hanya sekali saja? Malahan pagar itu pun kita cuba untuk cat berkali-kali agar ia putih berseri. Selagi tak putih, selagi tu lah tak puas hati.
Lumrah kita Allah jadikan takkan tenang hatinya selagimana kita masih melihat ada kekotoran yang menconteng hati kita. Fitrah kita Allah jadikan akan timbul rasa kesungguhan dalam hati kita untuk terus-menerus menyucikan kekotoran itu. Kita takkan tenang selagi kita ditemani dosa di hati kita. Tapi semua ini takkan kita rasai jika kita tetap memilih untuk menutup mata dan membiarkannya saja. Cat sekali pun sudah dirasakan cantik, atau lebih teruk lagi, tak payah cat pun takpe. Pagar tetap pagar.
Malu rasa bila mengingatkan kembali betapa kami bersungguh-sungguh untuk "membersihkan" pagar itu. Moga Allah titipkan kesungguhan yang lebih baik untuk kami membersihkan hati kami juga.
Selesai satu bahagian, kami bergerak ke pagar yang lain. Elok je kami menyapu berus tu, ehhh boleh pulak lekat? Masih dengan persoalan yang sama, kenapa pagar tu tadi tak boleh dicat? Kami cuba berbalik ke bahagian yang tadi, laaaaa patut lahhh. Ada air rupanya!
Haaa nak tadabbur apa pulak pasal ni?

*tepuk dahi



Saturday, August 29, 2020

LAST BREATH


 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



(Al-Fatihah – Hayati binti Baharum)
Hanya sekadar selingan ya hehehe. Terima kasih!

 

Salam ‘alaik, geng! Apa khabar anda semua? Masih ingat lagikah saya ini? Maaf la lama betul tidak memunculkan diri. Sengaja memberi masa kepada diri untuk beraksi dengan penuh sensasi! (Cewahh padahal takde siapa kisah pun hahaha)

 

Moga kalian yang sedang membaca entri ini sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayang dariNya. Saya bahagia apabila anda berbahagia. Gituhhh.

 

Entri kali ini, saya ingin membuat sedikit sesi bertanya-pada-diri-kemudian-sentap-sendiri terhadap situasi yang berlaku kepada saya beberapa hari yang lalu. Ehem, ehem. Baiklah, begini ceritanya. Ketika saya dan rakan-rakan seperjuangan sedang membuat kerja di dalam pejabat, sambil saya sedang “menyanyikan” lagu (dalam hati je lah), tiba-tiba ada rakan kami yang lain masuk ke dalam. Sebaik sahaja dia membuka pintu, maka terdengarlah bunyi riuh dari luar – hasil daripada bunyi pelanggan-pelanggan yang bersembang, juga kanak-kanak bermain sambil menjerit-jerit (well, no suprise, it’s in their blood kann). 

 

Terus salah seorang rakan saya berkata, “Uihh riuhnya dekat luar.” And yeah, I agreed with him.

 

Suasana seperti itu adalah sesuatu yang biasa sebenarnya. Tetapi mungkin di dalam pejabat ketika itu, suasananya sunyi tidak sebising di luar, dan tiba-tiba pula pintu itu dibuka lalu memasukkan melodi suara yang bermacam-macam, membuatkan keadaan yang kami alami berubah 180° – daripada sunyi kepada bising. Dan mungkin juga kerana masing-masing sedang fokus melakukan kerja, sehingga perubahan yang berlaku membuatkan kami agak terkejut.

 

Sempat aku bermonolog di dalam hati, “Dah macam ada tsunami je dekat luar tu.” Hmmm nampak tak betapa “meriah”nya di luar (terutamanya bunyi kanak-kanak yang menjerit seperti meminta tolong, ini sangat memainkan peranan yang penting ya!).


Jawapan aku tadi sebenarnya telah menembak kepala aku sendiri (baca : headshot). Kerana, andainya itu benar-benar berlaku, maka bagaimanakah pengakhiran kehidupan aku? I mean, I'm dead while singing? What?? (Tolak tepi la sedang bekerja tu, but singing..... errrr, an non-beneficial song?


*tepuk dahi sendiri

 

Tiba-tiba, aku teringatkan kes letupan di Lubnan pada 4 Ogos lalu, yang mana tiada sesiapa pun dapat menjangka perkara itu akan berlaku. Cuba anda bayangkan, tempat di mana tiada apa-apa yang mencurigakan – aman, damai, tempat tumpuan orang ramai, selamat, dan semua manusia sedang melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa, tidak langsung menyangka sesuatu menggerunkan akan berlaku kepada mereka beberapa detik kemudian. Tanpa mereka jemput dan pinta, letupan berlaku sehingga membawa perubahan besar kepada hidup mereka.

 

Aku terfikir, cuba meletakkan diri di tempat mereka. Membayangkan ketika aku sedang leka membuat kerja, sambil menyanyikan lagu, meyakini hari itu akan berjalan seperti sedia-kala, namun tiba-tiba Allah SWT mentakdirkan sesuatu yang buruk berlaku di situ, yang puncanya langsung tidak terkait dengan diri aku; letupan, gempa bumi, tsunami, atau boleh jadi juga tiba-tiba kapal terbang jatuh menjunam entah dari mana (siapa berani jamin ini tidak mungkin akan berlaku kan?). 

 

I mean, that’s what happened to them. Mereka langsung tidak menyangka di tempat yang tiada ancaman, tiba-tiba boleh pula berlaku letupan, yang sekaligus mengubah hidup mereka. Allahuakbar, Allah lebih mengetahuinya!

 

Saat itu juga, rakaman video-video tentang manusia yang mati secara tiba-tiba turut dimainkan di skrin minda aku. Barangkali cuba mengingatkan aku yang semakin lupa, bahawa mati itu tidak memerlukan punca. (Dah macam peserta kem motivasi je aku ni)

 

“Bagaimana jika aku di tempat mereka?”

“Bagaimana jika aku antara yang terkorban sama?”

“Apakah yang aku sedang lakukan saat itu?”

“Apakah kata-kata terakhir aku sebelum pergi dari sini?”

“Adakah aku sedang bernyanyi saat itu?”

“Atau aku sedang beribadat waktu itu?”

“Adakah aku dapat mengecapi husnul khatimah?”

“Atau menjadi ahli su’ul khatimah?”

 

Bermacam-macam persoalan muncul di fikiran aku petang itu. Tambahan pula apabila teringatkan aku sedang bernyanyi di dalam hati pada ketika itu. Andainya Allah SWT mentakdirkan kejadian mengejut berlaku kepada kami waktu itu, yang bakal meragut nyawa aku, malunya rasa jika kalimat terakhir aku merupakan nyanyian yang sia-sia. Alangkah indahnya jika aku mengucapkan zikrullah atau kalamullah saat malaikat maut mencabut nyawa.

 

XoX

 

Aku tersentap sendiri. Namun, tidak aku luahkan kepada sesiapa. Hanya bertanya kepada diri, sampai bila mahu begini? Tidakkah aku ingat bahawa kematian itu bila-bila masa sahaja, tanpa aku ketahui? Masihkah mahu aku menjadikan nyanyian yang sia-sia sebagai zikir yang membasahi, atau kalimat suci sebagai permulaan aku menemui Sang Ilahi?

 

Aku hanya mampu bertanya pada diri. Dengan harapan, aku juga mampu membuat perubahan yang Allah SWT redhai. 

 


Ehem,

Adakah kalian juga pernah merasakan apa yang saya rasai?



P/S : I couldn't stop myself from playing "Last Breath" by Hafiz Hamidun in my mind while I wrote this entry, so yeah, that's how I named the title. Gave me such a dramatic effect!



 

 

Wednesday, April 22, 2020

HAKIKAT UJIAN ITU MENGUATKAN

Salam ‘alaik, geng! Sihatkah kalian? Moga kalian sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Sang Maha Pengasih. Musim Covid-19 ni, aku yakin semuanya lebih meningkatkan tahap kebersihan diri. Jadi, inilah masanya untuk challenge diri kita kekal berwudhuk sepanjang hari. Alang-alang dah basuh tangan selalu, baik terus ambil wudhuk, betul tak? *emoji tangan keluar otot sambil kenyit mata

Uihh tak pasal-pasal tazkirah di perenggan intro hahaha.. 

Lama aku tidak berceloteh, harapnya kalian sudi mendengar luahan aku kali ini.


Tahun 2020.
Tahun yang banyak menguji aku, bahkan kami sekeluarga.
Belum pun sampai pertengahan tahun, tapi sudah pelbagai coretan hidup yang boleh aku pelajari setakat ini, alhamdulillah..

Sungguh tidak aku sangka, bertubi-tubi ujian datang menerpa. Jika diflashback semula ke hujung tahun 2019, aku menyangka 2020 akan berjalan normal seperti tahun-tahun sebelumnya. Bukanlah tidak diuji, tetapi mungkin tidaklah sedrastik ini. 

Dari awal tahun lagi, ada saja kejutan yang diterima. Heh heh, aku yakin bukan aku seorang yang merasakan sedemikian, pasti kalian juga tidak lari daripada ujian kehidupan. Benarlah kata orang, ujian dan kehidupan tidak dapat dipisahkan.

Allah SWT berfirman,
A035
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah Al-Anbiya’, ayat 35)

Pernah satu waktu, di saat-saat sedang diuji, terdetik di hati aku,

“Beratnya ujian kali ni. Lebih aku rela kalau Allah menguji aku dengan ujian yang sebelum ini.”
“Kalaulah diuji dengan cara lain, pasti aku lebih kuat menghadapinya.”

Konon je la semua tu.

Sekali bila Allah menguji semula dengan ujian yang dirasakan mudah, hati aku tetap mengeluh dengan beratnya ujian yang diberi, tidak pula menjadi kuat seperti yang disangka aku tadi. Kelakar pula dengan diri sendiri, betapa manusia ni sebenarnya suka cakap ikut sedap hati. (Okay aku je la kot yang selalu macam tu hahaha)

Ujian, tetap akan menerpa manusia. Setiap kali diuji, manusia merasa dunianya gelap, hatinya sesak, jiwanya resah, sedihnya bagai tidak kenal erti bahagia. Sekalipun dia seorang ahli gusti, bila Allah menguji, hatinya lemah mengalahkan bayi. 

Hingga hidup kita menjadi sebati dengan prinsip, “UJIAN ITU BEBANAN”. 

Kita memerlukan sokongan. Kita tercari-cari bantuan. Kita mahukan tempat pergantungan.

Aku mengerti itu, kerana aku juga melaluinya.

Lalu aku bertanya kepada diri, kenapa sebenarnya Allah SWT menjadikan ujian? Setahu aku, jauh sekali Allah SWT mahu menyeksa dan membebankan hambaNya, apatah lagi menzalimi kita. Tapi dengan ujian yang membuatkan manusia berduka, apakah tujuan sebenar ujian itu diberikan?

Manusia sering menasihati, “sabarlah duhai hati”.
Nahhh, kita sendiri tahu bahawa sabar sahaja tidak mencukupi.
Manusia perlukan lebih lagi!

Memang benar, sabar itu perlu kita wujudkan apabila diuji. Bahkan Allah merekodkan dalam Al-Quran betapa ujian perlu disertakan dengan sabar supaya kita beroleh kebaikan.

Firman Allah SWT,
A155
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:”
(Surah Al-Baqarah, ayat 155)


Tetapi, sekadar bersabar tetapi tidak mengerti, apakah manusia akan dapat bersabar? Dapatkah manusia mengecapi keindahan sabar yang sebenar?

FAHAM SEBELUM SABAR
A156
“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Surah Al-Baqarah, ayat 156)

Ayat di atas merupakan sambungan daripada ayat sebelum ini. Allah SWT memperincikan ciri-ciri yang dimaksudkan dengan orang yang bersabar.

...mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Mereka yang bersabar ini memahami dan menyedari bahawa segala apa yang mereka miliki bukanlah hak milik sendiri, tetapi milik Dia Yang Kekal Abadi.

Saat diuji, waktu inilah yang selalunya manusia akan berhenti sejenak dan bermuhasabah diri, termasuklah orang yang sedang berkata-kata ni. Aku termenung memikirkan hakikat kehidupan. Dengan diberikan ujian, aku sedar betapa lemahnya aku sebagai si hamba yang hina, yang tidak punya apa-apa.

Aku menyedari bahawa Allah SWT itu adalah sebaik-baik tempat kembali, juga sebaik-baik tempat pergantungan. Ujian itu datang dariNya, maka semestinya Allah SWT menyediakan solusinya juga, bukan?

FAHAM BAHAWA UJIAN ITU KEBAIKAN

Rasulullah SAW bersabda: 
"Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya"
(HR Muslim)

Urghhh I really love this hadith!
Cehh tiberr.

Kata-kata Rasulullah SAW ini menjadi pembuktian bahawa semua yang Allah SWT takdirkan kepada kita – baik nikmat mahupun ujian – adalah kebaikan untuk kita. Namun, semua ini adalah bergantung kepada mindset kita juga, bagaimana cara penerimaan kita terhadap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita.

Logik akal manusia akan menganggap perkara buruk sebagai sesuatu yang buruk la kan? Musibah, kesusahan, kesakitan, kesedihan ; semua ini akan tergolong dalam perkara-perkara yang negatif. Asalnya la.

Disebabkan itulah Rasulullah SAW mengatakan betapa mukmin ini ajaib (bukan bererti anda layak memasuki Hogwarts kerana mempunyai kuasa ajaib seperti Harry Potter ya, karang tak pasal-pasal semua sebut “expecto patronum!” lepas habis baca ni pula hahaha), kerana berjaya menukarkan sesuatu yang negatif kepada positif, sekaligus berjaya keluar daripada logik akal manusia biasa.

Kerana kita manusia yang beriman (baca : percaya). Kita meyakini bahawa apa yang Allah SWT berikan kepada kita tak lain tak bukan adalah kebaikan untuk kita.

“Tapi kenapa berlaku jugak sesuatu yang buruk kepada kita?”

Kerana....

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman: 
“Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

It’s all about mindset, guys, all about mindset..

SAHABAT MENEMANI TATKALA DIUJI

Salah satu nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada aku di sepanjang jalan ujian ini adalah sahabat yang setia di sisi. Aku tidak mahu kecilkan skop ini hanya kepada kawan – zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kawan universiti, kawan kerja, kawan jumpa tepi jalan – tetapi apa-apa sahaja hubungan yang dijalinkan lillahi ta’ala (kerana Allah ta’ala). 

Apa yang aku belajar daripada novel Sinergi, karya Hilal Asyraf, novel ini berjaya mencerahkan lagi pandangan aku dengan makna ukhuwah fillah, yang mana hubungan ini bukan hanya sekadar meniti di bibir sahaja, malah dibuktikan dalam perbuatan. Hasil daripada hubungan itu, timbullah energi yang Allah SWT salurkan melalui mereka-mereka yang berhubungan keranaNya.

*Recommended untuk dibaca bagi lebih memahami (cehh sempat promote tu!)

Pentingnya figura-figura sahabat dalam kita meniti kehidupan yang penuh ujian. Hubungan kerana Allah ta’ala ini, sentiasa akan saling mengingatkan kepada Rabbul Izzati, sekaligus membangkitkan diri saat diuji. Bukan hanya setia di sisi untuk memberikan sokongan, bahkan doa daripada mereka menambahkan lagi kekuatan. 

Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”.
(Riwayat Muslim)

Kehadiran mereka sahaja sudah cukup mewujudkan kekuatan dengan cara yang hanya Allah SWT mengetahuinya. Mereka ini adalah sesiapa sahaja, baik keluarga, baik kawan, baik guru mahupun orang yang baru sahaja berkenalan. Bilamana jalinan itu adalah kerana Allah SWT, maka hubungan itu akan menjadi unik, menyebarkan kebaikan dan kasih sayang yang suci. Tidak seperti hubungan yang bukan berlandaskan keimanan kepadaNya. 

Matlamat mereka mahu ke syurga. 
Bukan seorang diri, tapi bersama-sama.

Maka, dengan bersahabat, ujian itu bakal menjadi penguat.

Oh, indahnya ukhuwah keranaNya!

KENAPA ALLAH MENGUJI?

Bagi aku, ujian bukan melemahkan, bahkan menguatkan. Kenapa aku mengatakan begitu?

Firman Allah ta’ala,
A007 
“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.”
(Surah Al-Kahfi, ayat 7)

Kehidupan di dunia adalah untuk menguji manusia. Kita diciptakan di muka bumi adalah untuk diuji keimanan kita. Pantaskah kita mengharapkan kehidupan yang bergoyang kaki di atas sofa empuk atau berjimba sana-sini tanpa diuji?

Dunia adalah tempat menuai, yang mana hasil tuaiannya akan kita nikmati nanti di akhirat yang kekal abadi. Seperti yang Allah SWT katakan dalam ayat di atas, “kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.”, jelas menunjukkan betapa ujian diberikan supaya kita boleh membuat tuaian (baca : melakukan kebaikan) daripada apa yang berlaku dalam hidup kita.

Jika ujian itu adalah untuk memberikan kebaikan, pastinya ujian menghasilkan kekuatan, takkan melemahkan pula ye dok?

NIKMAT DI SEBALIK UJIAN

Selepas mendungnya hujan, pasti akan bersinar matahari. 
Tiap kali menjelang kegelapan malam, pasti akan terbit mentari pagi.

Begitu juga di setiap kedukaan, pasti akan terselit kebahagiaan.

Disarankan untuk kita melihat banyaknya lagi nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita berbanding ujian yang dihadiahkan. Jangan gunakan kanta pembesar untuk melihat besarnya masalah, tapi gunakanlah lensa luas untuk melihat luasnya lagi hikmah.

Percayalah, Allah SWT tidak pernah kejam kepada hambaNya. Pasti adanya nikmat dan kemudahan yang Allah SWT selitkan di celah-celah ujian kita. Apabila kita menjumpainya, pasti kita akan merasa Maha Baiknya Allah SWT kepada kita, bahkan malu atas keluhan dan rungutan kita sebelum ini.

Besar ujian kita, besar lagi nikmat dariNya. 
Banyak dosa kita, luas lagi pengampunanNya.

Yakinlah dengan janji Allah SWT,
A005
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,”
 A006
“(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
(Surah Asy-Syarh, ayat 5-6)

Haihh mata masuk habuk pulak..

HAKIKAT UJIAN ITU MENGUATKAN

Kita ada pilihan. Sama ada mahu memandang ujian sebagai kasih sayang daripada Allah SWT, atau bebanan semata-mata.

Ujian itu ibarat ubat. Ia menyembuhkan manusia tetapi bukanlah menjadi sesuatu yang digemari mereka. Ubat itu pahit, tetapi penawar. Mereka yang menyedari hakikat ini akan cuba memandang ubat sebagai kebaikan, bukanlah keburukan. Mereka akan cuba menguatkan diri bagi mendapatkan manfaat dengan memakan ubat tersebut, tenang menelan pahitnya ubat.

Tetapi mereka yang hanya merungut akan merasakan ubat sebagai sesuatu yang membebankan. Mereka hanya melihat positifnya ubat jika pulihnya dalam sekelip mata. Tetapi jika tidak, mereka akan merasakan ubat adalah sesuatu yang menyeksakan. 

Begitu juga dengan ujian. Jika apa yang dilakukan oleh seorang hamba apabila diuji, hanyalah merungut dan semakin terpesong, tidak memikirkan hikmah atau mencari kebaikan daripada semua ini, maka tidak hairanlah jika ujian itu menjadi bebanan kepadanya.

Manakala jika seorang hamba itu mengembalikan dirinya kepada Allah SWT apabila diuji, lebih merasakan kebesaran Tuhan sekalian alam, berusaha memperbaiki diri lebih-lebih lagi di saat merasa susah hati, dia semestinya akan melihat ujian ini sebagai satu kebaikan. Kerana apa? Kerana ujian yang menimpanya menjadikannya hamba yang lebih baik, dan mendekatkan lagi dirinya dengan Tuhan Yang Maha Esa.

Dari situ, dia dapat melihat ujian dengan kaca mata yang berbeza.

Dia akan lebih bersedia apabila kemudiannya dia diuji lagi. Kerana dia meyakini, ujian itu memberi kebaikan kepada diri. 

Namun, kesedihan dan tangisan tetap akan menjadi teman sejati saat diuji. Kerana manusia tetaplah seorang hamba, dan memerlukan kekuatan daripada Tuhannya.

Tapi, jangan khuatir. Dengan adanya doa daripada diri sendiri dan sahabat-sahabat sejati, juga usaha untuk memperbaiki diri, pastilah Allah SWT akan membantu kita. Biarpun kita mungkin tidak melihat hasilnya di sini, pastinya Allah SWT akan tunjukkan di sana nanti. 

Bukankah kita seorang petani di dunia ini? *kenyit mata

Pentingnya kita memahami hakikat ujian itu menguatkan. Dengan memahami, barulah kita dapat bersabar tanpa henti.

Aku juga sedang cuba membetulkan kaca mata sendiri. Cuba melihat hadirnya ujian akan menguatkan lagi diri dan meningkatkan lagi iman di hati.

Moga satu hari nanti, tatkala ujian menerpa diri, hati ini akan berkata,

“Ya Allah, terima kasih untuk ujian ini. Sungguh aku dapat merasakan kehadiranMu dan keberadaanMu yang tersangat hampir denganku saat ini! Moga aku redha dengan ujian ini dan Engkau juga redha dengan diri ini!”

Eh hujan ke ni? Kenapa pipi basah? *muka cover malu

Kata Allah SWT,
A186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah Al-Baqarah, ayat 186)

Sungguh,
Allah SWT itu dekat, dan tak pernah meninggalkan! :)

.
.
.
P/S : Selamat menjalani ibadah puasa! Marhaban ya Ramadhan!











Saturday, March 21, 2020

COVID-19 : Hanya Sekadar Virus?


Salam ’alaik, geng! Sihatkah kalian? Musim kepungan ini, saya harap kalian baik-baik sahaja di rumah (buat yang tidak bekerja la hehe).

Jadiiii, melihat kepada tajuk, saya yakin kalian sudah sedia maklum ke mana arah tuju sembang kita kali ini. Tapi sebelum itu, suka saya maklumkan bahawa saya bukanlah ingin bersembang ala-ala student medic atau doktor pakar, dan bukan juga sebagai Pencetus Ummah mahupun mudir pondok tepi sungai. Entri kali ini hanya sekadar perkongsian pendapat daripada saya. Jadi semestinya ringan-ringan sahaja, jangan risau ya..

Gambar hiasan dari Google


Disember 2019, dunia dikejutkan dengan virus yang dikatakan berpunca daripada budaya pelik masyarakat Wuhan di China yang memakan hampir semua jenis makhluk Tuhan termasuklah yang tidak pernah terfikir dek akal iaitu haiwan-haiwan liar. Semestinya di awal berita tergempar ini, ramai pihak memandang buruk budaya masyarakat Wuhan tersebut. Tidak kurang juga pelbagai hujah kehidupan yang dikeluarkan daripada pelbagai pihak, beraneka latarbelakang ; tak kira golongan agama, golongan politik mahupun rakyat marhaen dan budak sekolah. Namun, ada juga pihak yang menyangkal kenyataan itu iaitu seorang Senator Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa virus tersebut dicipta sendiri oleh China di sebuah makmal yang terletak berdekatan pasar yang menjual haiwan-haiwan terlarang itu. Beliau juga mengatakan China telah menipu dunia dari awal lagi berkenaan virus ini. Kebenarannya? Wallahua’lam..

Dalam kita sibuk membincangkan betapa teruknya budaya tersebut, kita lupa mara bahaya virus kecil ini. Tak sangka pula kita, makhluk Allah yang sekecil ini boleh menggegarkan makhluk sebesar dunia. Virus merebak ke seluruh dunia, hingga mengubah perhatian manusia kepada makhluk yang kecil ini. Manusia tidak lagi sibuk membincangkan punca wabak ini wujud, malah tiada lagi yang membangkitkan isu jijiknya budaya Wuhan (kecuali Trump yang sentiasa bertegas untuk menggelar virus ini sebagai “Chinese virus”. Cehh menyempat!), kerana semua bertungkus-lumus memikirkan cara untuk menghalang si kecil ini dari terus memusnahkan kehidupan manusia. 

Hebatnya penangan si kecil ini, sedangkan sebelum virus ini memunculkan diri, dunia menyaksikan bermacam-macam adegan dan tragedi baik di peringkat Malaysia mahupun antarabangsa ; isu AS–Iran, kebakaran di Australia, pembantaian umat Islam yang tidak henti-henti di seluruh dunia, ditambah lagi dengan penindasan besar-besaran kepada umat Islam di India, pertukaran tampuk kepimpinan di Malaysia dengan cara yang tidak disangka-sangka hingga mewujudkan slogan “Aku tak undi dia!” dan banyak lagi. Semuanya berjaya disenyapkan hanya dengan si kecil-kenonet, Corona virus

Tidak ketinggalan negara kita untuk menjadi mangsa “penjajahan” virus ini, yang jumlah kesnya saban hari semakin membimbangkan. Antara inisiatif dari kerajaan bagi membendung masalah ini, seperti yang kita semua sedia maklum adalah dengan mengeluarkan perintah berkurung bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 (buat masa ini la). Maka berbondong-bondong lah rakyat Malaysia tercinta kini berada di rumah (walaupun ada sesetengah pihak yang masih berdegil kononnya mahukan freedom, okay malas nak bincangkan isu ni hahaha). 

Okay, done intro. Next! 

DUNIA SUDAH DI PENGHUJUNG?

Okay, okay. Minta bertenang semua. Jangan dahulukan pembacaan anda dengan spekulasi seperti :

“Wait, what? Ni ada kaitan dengan tanda-tanda kiamat ke?”
“Haishh dia ni, nak kaitkan dengan konspirasi Dajjal lettuww.”
“Halah halahhh.. orang dah cuak dengan Covid-19, dia tambah dengan kiamat pulakkk.”

Sabar, sabar. Duduk elok-elok dulu.

Saya bukanlah ingin mengaitkan ini dengan tanda-tanda kiamat atau ingin mengeluarkan kenyataan rasmi di TV3 berkenaan Pakcik DJ akan keluar. Okay gurau, gurau.. Tapi tu lahh, kalian tak rasa pelikkah? Cuba anda renungkan, penipuan berleluasa baik dari sekecil-kecil pihak hinggalah ke sebesar-besar kuasa pemerintah, penzaliman ke atas umat Islam yang bagai tiada pembelanya, fenomena alam yang tidak pernah terlintas di fikiran kini disajikan kepada penduduk dunia. Semua ini seakan-akan hampir tidak dapat diterima akal fikiran yang waras. 

Tidakkan kalian merasa saat ini kita amat memerlukan seorang hero atau pembela kita? Bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW mengenai kemunculan Imam Mahdi di saat dunia ini sudah dipenuhi dengan kezaliman. But yeah, bukanlah saya ingin mengatakan dengan penuh yakin bahawa kejahatan yang berlaku sekarang sudah cukup ditahap maksima, tapi, anda sendiri boleh menilai betapa dahsyatnya maksiat dan dosa yang sedang berlaku.

Betul-betul sebelum tularnya berita Corona virus, dunia diberitakan dengan penindasan besar-besaran ke atas umat Islam di India. Flashback pula sebelum itu, kezaliman ke atas muslim di China. Oh ya, tak lupa juga kepada rakyat Islam di Rohingya, dan ya, saudara kita yang tak henti-henti diseksa di Gaza dan Syria. Di mana-mana sahaja, muslim ibarat makhluk yang dilabel sebagai mangsa. 

Dan tidaklah munculnya pembela kita, Al-Mahdi melainkan apabila dunia benar-benar memerlukannya. Pembantaian umat Islam sudah cukup hebat dah sekarang. Kalau ya pun bukan sekarang waktunya, saya yakin masanya sudah tidak lama.
Semestinya, bukanlah niat saya ingin menyatakan bahawa Covid-19 termasuk dalam tanda-tanda kiamat, saya bukanlah sesiapa untuk menyatakan sebegitu. Cuma, di kesempatan ini, suka saya ingatkan kepada kita semua bahawa dunia ini sudahpun semakin nazak, dan tidak perlulah kita berdalih dengan kenyataan ini. Bahkan, persiapan kita untuk menghadapi hari-hari mendebarkan nanti sepatutnya sudahpun bermula.

PERKAITANNYA DENGAN COVID-19?

Dengan seluas-luas penyebaran virus ini ke seluruh pelosok dunia, saya yakin keadaan dunia selepas pulihnya kita dari wabak ini (insyaAllah ameen!) akan berubah, tak kisahlah dari segi apa pun. Persoalannya adalah, adakah Allah SWT saja-saja mengizinkan ini daripada berlaku? Atau ada sesuatu yang mahu disampaikanNya? 

Saya yakin, wabak yang melanda seluruh dunia ini juga merupakan antara plot-plot yang Allah aturkan untuk kita menuju ke babak penting selepas ini. Beraninya saya berkata begini adalah kerana wabak ini bukan sahaja berskala negara, tapi sedunia! Wabak ini telah menggemparkan bukan hanya negara-negara kecil, tetapi juga kuasa-kuasa besar dunia.

Dan paling membimbangkan sekiranya keadaan akan berlanjutan bukan hanya dua minggu, malah berbulan-bulan. Ekonomi akan lumpuh sekiranya perkara ini berlanjutan lama, seterusnya membawa kepada kemunduran pelbagai aspek. (Saya bukanlah mahir dalam bidang ini, jadi tak berani nak ulas banyak. Tapi secara asasnya, kita tahu kejatuhan ekonomi mampu membawa banyak keburukan baik untuk individu, masyarakat, negara bahkan dunia, bukan?)

COVID-19 : KEBETULAN ATAU LATIHAN?

Berdasarkan perkara-perkara yang telah saya nyatakan di atas, amatlah jelas saya ingin menyampaikan bahawa pada pendapat saya, saya memandang isu Covid-19 ini sebagai sebuah latihan, bukan hanya kebetulan semata-mata. Latihan berkaitan apa? Latihan kita apabila kelak akan menghadapi hari-hari kemunculan Dajjal laknatullah.

Tidakkah anda perasan bahawa situasi sekarang seakan-akan sama seperti saat itu nanti? Ya, ya, saya tahu keadaan ketika keluarnya Pakcik DJ nanti akan lebih menggerunkan dan lebih menyeksakan. Sebab itulah saya menyatakan ini hanya sebagai latihan. Takkan kita mahu menghadapi hari-hari tersebut, yang dikatakan fitnah terbesar umat akhir zaman (baca : fitnah terbesar mengalahkan segala apa yang kita sedang diuji atau pernah diuji sebelum ini) hanya dengan tangan kosong dan jiwa yang tidak bersedia, bukan?

Come on, guys. Rasulullah SAW sendiri teramatlah risau dengan kita di akhir zaman kerana fitnah yang satu ni. Takkan kita tak rasa apa-apa koottt? Bila amaran itu diberi oleh Rasulullah SAW sendiri, bukannya baru semalam, tapi dari lebih 1400 tahun yang lalu, takkan kita nak biarkan begitu sahaja, bukan?

Perintah kawalan pergerakan yang sudah digunapakai oleh seluruh negara kita patut diambil kesempatan dengan menjadikan ini sebagai latihan kita menghadapi hari kemunculan Dajjal dan dalam masa yang sama, hari kebangkitan Islam itu sendiri. Kita tahu, selari dengan keluarnya Pakcik DJ, Imam Mahdi juga bakal muncul bagi menyelamatkan kita bersama-sama dengan Nabi Isa. Mahu menjadi tentera Imam Mahdi, perlukan ketaqwaan yang tinggi. Tapi, lihat sajalah apa yang kita sedang lakukan sekarang. Adakah kita sedang melakukan persediaan untuk menjadi bakal tentera cicit Rasulullah SAW itu atau sebaliknya? 

*headshot diri sendiri

Beginikah caranya kita nak menyambut kedatangan Imam Mahdi nanti? 
Dengan tidur sepanjang hari?
Dengan menonton Netflix dari pagi hingga terbenam matahari?
Dengan bermain game sampai habis bateri?
Dengan bermain handphone hingga juling mata sendiri?

Oh ya, saja lah nak khabarkan sekali. Alang-alang dah sebut pasal ni. Tahukah kalian Malaysia menjadi pengunjung di laman sesawang PornHub dengan kenaikan 84% semenjak perintah berkurung ini, sekaligus menjadikan Malaysia negara keempat (baca : negara Islam pertama) dengan kenaikan yang paling tinggi.

Allahuakbar! Moga pengunjungnya bukanlah dari kalangan orang Islam kita. Harapnya lah..

*husnuzon 

All right, let’s back on track! Di manakah kita tadi? 
Okay ingat dah. Hahaha..

Waktu-waktu berkurung seperti ini amatlah sesuai untuk kita perbaiki diri kita, baik untuk menjadi muslim yang lebih baik mahupun sebagai persiapan menjadi umat akhir zaman. Dari tak biasa membaca Al-Quran, kepada lazim membaca Al-Quran. Dari tak selalu puasa, kepada puasa sunat Isnin Khamis. Dari selalu bangun dah Subuh, kepada bangun untuk tahajjud. Apa-apa sajalah, asalkan yang menjadikan kita lebih baik daripada yang sebelumnya. Lagipun, Ramadhan semakin hampir, bukan? Ini boleh menjadi latihan kita untuk menjalani bulan mulia nanti. 

Let’s not take this for granted. Let’s not see this as some natural phenomenon of earth. Mesti ada sebab kenapa Allah SWT izinkan semua ini untuk berlaku. Dan sebagai muslim, selayaknya kita menjadikan semua perkara yang berlaku ini menjadi perkara yang baik dan positif, bukan sia-sia semata.

Rasulullah SAW bersabda: 
"Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya."
(HR Muslim)

Hadis ini lebih sesuai digunakan apabila seseorang menghadapi ujian. But yeah, sesuai je kalau kita nak ambil iktibar, bukan? Kerana hakikatnya orang beriman akan menjadikan semua urusannya kepada perkara yang baik.

THE BIGGEST MAIN POINT

Haaa ni point paling penting sebenarnya. Macam tujuan entri kali ini dikongsi la (cehh ye ye je tuu.. padahal dekat atas tu boleh tahan banyak dah yang nak disampaikan.)

Bukanlah saya mengharapkan selepas membaca entri ini, kalian terus berteleku di atas sejadah 24 jam, sampai dahi terus bertanda hitam, ataupun memakai niqab walaupun berada di dalam rumah, ataupun terus berbahasa Arab apabila bersembang dengan keluarga (okay ni over ya anak-anak.. tapi kalau betul pun apa salahnya kan? Hahahah gurau, gurau..)

Tapi, saya amat mengharapkan entri kali ini memberi pencerahan kepada kalian untuk kita sama-sama sematkan dalam diri untuk menjadi yang lebih baik, tidak memandang perkara yang berlaku ini sebagai sesuatu yang hanya kebetulan, seterusnya hanyut dalam dunia yang disangka selama-lamanya. 

Kalian jangan salah faham, menyangka saya mahu mengaitkan semua ini dengan DJ. Tetapi, ini hanyalah peluang yang saya mahu gunakan untuk mengingatkan kita semua betapa kita berada di penghujung, dan dengan waktu yang hujung-hujung ini, amatlah tidak patut sekiranya kita tidak membuat apa-apa persediaan, menjalani kehidupan seperti robot, serta tidak menyedari bahawa kitalah umat akhir zaman.

Saya bersyukur kerana Ayah sentiasa mengingatkan kami dengan perkara-perkara sebegini (cuma kami anak-anak yang agak degil hahaha), dan semestinya entri kali ini adalah berinspirasikan pesanan Ayah. Dan tidaklah mahu saya simpan untuk kami-kami sahaja, sedangkan amat baik sekiranya saya kongsikan dengan semua sahabat yang saya kasihi lillahi taala ini. 

Terserah kepada kalian, bagaimana penerimaan dan respon kalian untuk entri kali ini. Hakikatnya, saya juga masih bertarung untuk memperbaiki diri sendiri. Dan semestinya entri ini merupakan teguran buat diri saya sendiri khususnya.

Saya doakan agar kita semua dihindarkan daripada perkara yang tidak diingini, diberi petunjuk oleh Yang Hakiki, dibuka minda dan hati, dan mendapat pengakhiran di syurga Firdausi!

Sampai di sini sahaja. Salam ‘alaik, geng!

P/S : duduk rumah tu diam-diam ye. Kalau degil, karang mak piat telinga tu, baru tau.