DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Salam ‘alaik, geng! Apa khabar anda semua? Masih ingat lagikah saya ini? Maaf la lama betul tidak memunculkan diri. Sengaja memberi masa kepada diri untuk beraksi dengan penuh sensasi! (Cewahh padahal takde siapa kisah pun hahaha)
Moga kalian yang sedang membaca entri ini sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayang dariNya. Saya bahagia apabila anda berbahagia. Gituhhh.
Entri kali ini, saya ingin membuat sedikit sesi bertanya-pada-diri-kemudian-sentap-sendiri terhadap situasi yang berlaku kepada saya beberapa hari yang lalu. Ehem, ehem. Baiklah, begini ceritanya. Ketika saya dan rakan-rakan seperjuangan sedang membuat kerja di dalam pejabat, sambil saya sedang “menyanyikan” lagu (dalam hati je lah), tiba-tiba ada rakan kami yang lain masuk ke dalam. Sebaik sahaja dia membuka pintu, maka terdengarlah bunyi riuh dari luar – hasil daripada bunyi pelanggan-pelanggan yang bersembang, juga kanak-kanak bermain sambil menjerit-jerit (well, no suprise, it’s in their blood kann).
Terus salah seorang rakan saya berkata, “Uihh riuhnya dekat luar.” And yeah, I agreed with him.
Suasana seperti itu adalah sesuatu yang biasa sebenarnya. Tetapi mungkin di dalam pejabat ketika itu, suasananya sunyi tidak sebising di luar, dan tiba-tiba pula pintu itu dibuka lalu memasukkan melodi suara yang bermacam-macam, membuatkan keadaan yang kami alami berubah 180° – daripada sunyi kepada bising. Dan mungkin juga kerana masing-masing sedang fokus melakukan kerja, sehingga perubahan yang berlaku membuatkan kami agak terkejut.
Sempat aku bermonolog di dalam hati, “Dah macam ada tsunami je dekat luar tu.” Hmmm nampak tak betapa “meriah”nya di luar (terutamanya bunyi kanak-kanak yang menjerit seperti meminta tolong, ini sangat memainkan peranan yang penting ya!).
Jawapan aku tadi sebenarnya telah menembak kepala aku sendiri (baca : headshot). Kerana, andainya itu benar-benar berlaku, maka bagaimanakah pengakhiran kehidupan aku? I mean, I'm dead while singing? What?? (Tolak tepi la sedang bekerja tu, but singing..... errrr, an non-beneficial song?)
*tepuk dahi sendiri
Tiba-tiba, aku teringatkan kes letupan di Lubnan pada 4 Ogos lalu, yang mana tiada sesiapa pun dapat menjangka perkara itu akan berlaku. Cuba anda bayangkan, tempat di mana tiada apa-apa yang mencurigakan – aman, damai, tempat tumpuan orang ramai, selamat, dan semua manusia sedang melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa, tidak langsung menyangka sesuatu menggerunkan akan berlaku kepada mereka beberapa detik kemudian. Tanpa mereka jemput dan pinta, letupan berlaku sehingga membawa perubahan besar kepada hidup mereka.
Aku terfikir, cuba meletakkan diri di tempat mereka. Membayangkan ketika aku sedang leka membuat kerja, sambil menyanyikan lagu, meyakini hari itu akan berjalan seperti sedia-kala, namun tiba-tiba Allah SWT mentakdirkan sesuatu yang buruk berlaku di situ, yang puncanya langsung tidak terkait dengan diri aku; letupan, gempa bumi, tsunami, atau boleh jadi juga tiba-tiba kapal terbang jatuh menjunam entah dari mana (siapa berani jamin ini tidak mungkin akan berlaku kan?).
I mean, that’s what happened to them. Mereka langsung tidak menyangka di tempat yang tiada ancaman, tiba-tiba boleh pula berlaku letupan, yang sekaligus mengubah hidup mereka. Allahuakbar, Allah lebih mengetahuinya!
Saat itu juga, rakaman video-video tentang manusia yang mati secara tiba-tiba turut dimainkan di skrin minda aku. Barangkali cuba mengingatkan aku yang semakin lupa, bahawa mati itu tidak memerlukan punca. (Dah macam peserta kem motivasi je aku ni)
“Bagaimana jika aku di tempat mereka?”
“Bagaimana jika aku antara yang terkorban sama?”
“Apakah yang aku sedang lakukan saat itu?”
“Apakah kata-kata terakhir aku sebelum pergi dari sini?”
“Adakah aku sedang bernyanyi saat itu?”
“Atau aku sedang beribadat waktu itu?”
“Adakah aku dapat mengecapi husnul khatimah?”
“Atau menjadi ahli su’ul khatimah?”
Bermacam-macam persoalan muncul di fikiran aku petang itu. Tambahan pula apabila teringatkan aku sedang bernyanyi di dalam hati pada ketika itu. Andainya Allah SWT mentakdirkan kejadian mengejut berlaku kepada kami waktu itu, yang bakal meragut nyawa aku, malunya rasa jika kalimat terakhir aku merupakan nyanyian yang sia-sia. Alangkah indahnya jika aku mengucapkan zikrullah atau kalamullah saat malaikat maut mencabut nyawa.
XoX
Aku tersentap sendiri. Namun, tidak aku luahkan kepada sesiapa. Hanya bertanya kepada diri, sampai bila mahu begini? Tidakkah aku ingat bahawa kematian itu bila-bila masa sahaja, tanpa aku ketahui? Masihkah mahu aku menjadikan nyanyian yang sia-sia sebagai zikir yang membasahi, atau kalimat suci sebagai permulaan aku menemui Sang Ilahi?
Aku hanya mampu bertanya pada diri. Dengan harapan, aku juga mampu membuat perubahan yang Allah SWT redhai.
Ehem,
Adakah kalian juga pernah merasakan apa yang saya rasai?
P/S : I couldn't stop myself from playing "Last Breath" by Hafiz Hamidun in my mind while I wrote this entry, so yeah, that's how I named the title. Gave me such a dramatic effect!