Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, tidak terlalu kuat namun cukup untuk membuatkan daun-daun yang baru sahaja gugur berterbangan. Walaupun musim luruh belum tiba, tetapi dedaun yang gugur itu seakan-akan tidak sabar hendak menyambut kedatangan si musim luruh.
Ahh, memang pemandangan seperti ini yang dinantikan oleh Adonia! Langkahnya sengaja diperlahankan agar dia dapat menikmati sepuas-puasnya detik ini. Senyuman yang terukir di bibir jelas menunjukkan kebahagiaan yang sedang dinikmati gadis yang memakai selendang hitam tersebut. Tangannya didakapkan ke dada agar tudung yang berterbangan ditiup angin tidak bertindak ganas dengan mendedahkan bahagian lehernya, meskipun tudung yang dipakainya tidaklah terlalu pendek, namun ia juga tidaklah terlalu labuh sehingga boleh dibiarkan begitu sahaja.
Calix, lelaki yang lengkap bergaya, rambutnya disisir rapi menambahkan lagi ketampanan wajahnya yang sudah sedia sempurna. Dia juga memilih untuk menjadi pejalan kaki, atau mungkin kerana belum lagi mempunyai kereta sendiri.
Sedang dia mengikuti langkah kakinya, dia berselisih dengan Adonia yang sedang berjalan dari arah yang bertentangan dengannya. Disebabkan Adonia tidak berjalan terlalu laju, dia dapat memerhatikan Adonia dengan lebih lama. Oh ya, sekiranya anda fikir Calix tertarik dengan Adonia, saya ingin beritahu awal-awal bahawa sangkaan anda meleset sama sekali hehehe..
Calix memerhatikan Adonia dengan lama kerana dia telah terperasankan sesuatu. Dan sesuatu itu telah mengundang perasaan yang tidak enak kepada Calix. Rupa-rupanya, tudung belakang Adonia telah terangkat ditiup angin sehingga mendedahkan bahagian belakang lehernya.
"Hmphh, kalau dah nampak leher tu, baik tak payah pakai tudung! Pelik betul la perempuan zaman sekarang. Pakai tudung sebab ikut fesyen je ke?" bisik hati Calix, sebagai respon kepada perasan tidak senangnya tadi. Entah kenapa lah Calix marah sangat dengan Adonia. Mungkin kerana dia menyangka Adonia memang memakai tudung dengan fesyen sebegitu atau mungkin juga meluat melihat Adonia yang tersengih-sengih seorang diri seperti kerang busuk.
Sementara itu, di butik yang terletak selang beberapa kedai dari tempat Calix sedang berjalan, terdapat seorang wanita yang sedang membelek-belek deretan pakaian yang tergantung kemas. Selesai membelek pakaian di situ, dia terpandang ke arah tingkap.
"Galen, harini angin tiup cantik la. Bagus ni kalau buat photoshoot untuk iklan fesyen terbaru kita." kata Adena kepada rakan sekerjanya yang kelihatan sibuk mengemas butik tersebut. Adena, seorang gadis berkulit putih kemerahan-merahan kelihatan menawan dengan rambutnya yang panjang berikal mayang, sesuai dengan namanya yang bermaksud 'indah'.
Lelaki yang bernama Galen itu segera memandang ke luar tingkap apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh Adena. Badannya yang penat terus berubah semangat apabila melihat cuaca yang cantik untuk melakukan sesi penggambaran.
"Haah la. Baik, saya pergi siap-siapkan barang."
"Okayy.. Hmm, rasanya kalau nak nampak menarik, elok pakai tudung labuh-labuh sikit biar beralun ditiup angin ala-ala hindostan gituu.." Adena berbisik kepada dirinya sendiri dengan perasaan yang sangat teruja memikirkan hasil yang bakal diterimanya nanti. Baju rekaan terbarunya dipadankan dengan wajah Adena yang sudah sedia bersolek, ditambah pula side effect tudung menari-nari bersama angin pasti akan membuatkan baju tersebut hangat di pasaran. Ya, Adena sangat yakin dengan itu.
Adena tahu dia hanya menggunakan tudung tersebut sebagai senjata untuk memikat hati para pembeli. Dia sendiri bukan mahu memakai tudung pun sebenarnya. Asalkan bajunya akan menjadi pilihan kaum wanita, dia rela memakai tudung selabuh-labuhnya. Baginya, dia masih belum bersedia untuk benar-benar berpakaian sedemikian rupa.
Adena tidak memerlukan masa yang lama untuk bersiap. Dia segera keluar mendahului Galen yang masih menyiapkan barang, untuk mencari kawasan yang strategik bagi melakukan penggambaran kerana risau peluang keemasan ini akan hilang begitu saja. Sewaktu Adena sedang berjalan keluar dari butik untuk mencari kawasan yang strategik untuk bergambar, dia berselisih dengan Calix yang masih tidak hilang perasaan tidak senangnya tadi. Namun, perasaan kurang senang itu serta-merta hilang apabila Calix terpandang Adena, seakan-akan tidak ada apa-apa yang berlaku tadi.
Tidak dinafikan, Calix suka melihat pemakaian Adena yang elok bertutup-litup. Benar kata Adena, tudung labuh yang beralun-alun ditiup angin dapat mempersonakan lagi pemakaian itu. Calix yakin, Adena mempunyai pegangan agama yang kuat sehingga membuatkan dia sanggup berpakaian sedemikian rupa, tidak seperti gadis-gadis yang lain. Dan jika dia mempunyai fahaman agama yang elok, pastinya dia mempunyai akhlak yang mulia. Itulah yang difikir Calix, ya, itu pandangannya. Dan jauh di sudut hati Calix, dia berharap agar dapat dipertemukan dengan Adena lagi.
Dalam masa yang sama, Adonia tiba-tiba terperasan tudungnya telah terangkat melebihi paras yang sepatutnya. Mukanya terus berubah merah menahan malu apabila memikirkan entah berapa lama dia dalam keadaan begitu. Malunya membuatkan dia mati selera untuk menikmati pemandangan indah tersebut. Bagaimana dia boleh merasa selesa untuk mengikut kehendaknya mencuci mata, sedangkan itu akan membuatkan dirinya dilumur dengan dosa. Khuatir tudungnya membuat persembahan lagi, terus kakinya laju membawa si empunya badan menuju ke rumah. Dia malu, malu dengan Tuhannya.
"Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi, dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan, dan Allah sentiasa mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."
Surah At-Taghabun 64:4
That's it. Nothing much, it's just an untold truth..

Firman Allah SWT :
يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ ۚ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ"Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi, dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan, dan Allah sentiasa mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."