Bismillahirrahmanirrahim..
Aku adalah aku.
Dan ini, cerita aku.
Bukan dia, bukan kamu.
Hanya aku dan Tuhanku.
Ayat di atas hanya sekadar introduction je hehehe.
Apa-apa pun, assalamualaikum geng! This is the first time of my post in this blog (after a few editing). Korang anggap la post-post saya dalam blog ini sebagai surat cinta yang saya kirimkan melalui burung merpati yang montok-montok sampaikan nak hantar surat pun dalam berjam-jam baru korang dapat hahahaha (ini adalah merujuk kepada proses editing yang terlalu lama huhuhu)
Dalam surat-surat yang saya akan hantar kepada anda mungkin ada waktunya saya akan menukar penggunaan kata ganti diri saya kepada "aku". But please don't take it seriously. Saya adalah seorang insan yang tak biasa menggunakan kata ganti diri "aku" disebabkan hal yang pernah berlaku suatu ketika dahulu (malas nak cerita dekat sini). Bagi kalian yang mengenali saya, mungkin kalian akan perasan akan perkara ini. But I still use "aku" for a reason. Saya khaskan penggunaan "aku" apabila saya sedang berdialog dengan Sang Pencipta yang Agung. Entah la, saya lebih suka dengan keadaan tu. Rasa special, sebab saya tak pernah menggunakan "aku" dengan orang lain. Bila saya guna "aku" rasa diri ini rapaaaattt sangat dengan yang mendengar. Tapi, bila kalian perasan dengan penggunaan "aku" dalam surat-surat yang akan datang, note that it's me refering to myself talking to The Great Listener. Something that I wish to tell Allah taala, but don't mind if others are reading. Kalian yang membaca ingin mengambil iktibar, then silakannn~~ (tangan ala-ala sedang mengalu-alukan kalian berjalan di atas karpet merah).
Saya hanya insan yang tak punya apa-apa, tiada kehebatan yang saya mampu sajikan kepada kalian. Saya lebih selesa untuk cerita tentang apa harapan saya melalui blog ni.
Malas nak membebel banyak, korang pun mesti malas nak baca benda melalut ke laut ni kan? Ngeheheh..
Harapan saya mudah, saya cuma mengharapkan dengan penulisan ini, saya ada medium untuk muhasabah diri. Bukannya nak menunjuk ke apa, cuma seronok kalau ada orang lain yang sama-sama nak berubah macam kita. Bukan untuk tunjuk pada kalian betapa baiknya saya(sekali-sekala perasan takpe la kan? hahaha gurau,gurau), cuma saya mengharap bila saya baca balik surat-surat ini,saya sedar yang saya pernah pesan pada diri, supaya saya senang nak ingatkan diri, jangan buat benda silap berulang kali.
Aku tak harap pun pembaca blog aku akan jadi ramai, atau bila baca boleh terus berubah, biar sikit bilangannya asalkan yang sikit ni akan sama-sama dengan aku untuk mengubah diri. Perbaiki diri. Dan sasaran utama surat-surat ini pun sebenarnya adalah ditujukan kepada The Me (saya lah tu!). Kalian nak ambil iktibar ke apa ke, ya kheirr~~
And to be honest, saya bukan seorang yang suka luahkan perasaan pada orang lain, atau pada media sosial. Tapi melalui blog ni, saya rasa saya boleh sampaikan apa yang ada dalam hati saya - errr bukan maksudnya saya nak luah perasan 'hari ni saya sedih sebab bla bla bla, happy sebab bla bla bla' atau yang sewaktu dengannya okay..muntah biru nanti hahhahaha ok gurau je.
Oh ya! Sebelum saya terlupa. Ada satu syarat yang saya nak tetapkan buat penerima surat cinta saya. Syaratnya adalah..... anda tidak dibenarkan untuk menceritakan tentang saya kepada sesiapa sahaja. hahahah macam tak faham je. Okay, maksud saya, anda tidak dibenarkan "gossiping", "backbiting" atau "storytelling" tentang apa yang saya ceritakan mengenai diri saya kepada orang lain (read: family, friends, boyfriend, girlfriend, fiance, spouse, enemies, pets and even trees), walaupun perkara yang diceritakan adalah benar! Melainkan anda ingin menceritakan ilmu yang saya kongsikan.
Saya sangat menggalakkan komen-komen yang positif dan membina, bukan untuk saya saja bahkan untuk semua yang membaca. Adab kita bercakap dengan orang lain, seharusnya dengan cara yang terbaik. Kita sendiri pun pasti menginginkan orang lain bercakap kepada kita dengan lemah-lembut, sopan-santun, ayu-melayu bagai anak dara yang ingin dipinang, bukan? Haaa begitulah juga orang lain! :)
Anyway, tu la yang saya nak sampaikan kali ini. Till we meet again. Sebelum saya menghentikan jari saya daripada menari-nari dari tadi atas keyboard ini, suka saya memberikan kalian sedikit hadiah (cewahhh baru first time dah bagi hadiah. Sweet betul!). Hehehehe..
"Sahabat karib di akhirat kelak akan saling bermusuhan, kecuali mereka yang bertaqwa." - Surah Az-Zukhruf, ayat 67.
Moga kita termasuk dalam golongan yang bertaqwa. Allahumma ameen!
Hahahah tu je hadiahnya. Hadiah berbentuk doa dan pengharapan moga dikabulkan!
Okay, bye geng! Salam alaik~

Up 👍
ReplyDeleteWahhh tak sangka ada orang baca. Naik semangat saya nak tulis lagi hehehe. Tq!
Delete