Pages

Tuesday, July 2, 2019

MIRAGE : Way to Change Fate

Salam 'alaik, geng! Sihatkah kalian? Harapnya sihat dan baik sahaja. 

Kali ini saya ingin berkongsi pendapat saya tentang cerita yang saya pernah tonton sebelum ini–Mirage (ya, saya ada nyatakan pada tajuk di atas). Anda biasa dengan perkataan ini tak? Asalnya saya fikir penulisan ini tidak akan menjadi panjang, tapi setelah dibelek-belek, saya tetap menulis dengan panjang tanpa saya sedar. *tepuk dahi*
Jadi bersedialah anda untuk mendengar bebelan saya kali ini hehehe..

Pertama kali saya mendengar perkataan mirage adalah sewaktu berumur 16 tahun. Waktu itu saya berada di dalam kelas, sedang belajar matapelajaran Fizik hehehe.. Mirage ialah "naturally occuring optical phenomenon in which light rays bend to produce a displaced of distant objects or the sky", bak kata Encik Wikipedia yang serba tahu. Haaa pahey dok?

Atau dalam bahasa Melayu, bahasa ku terchenta, mirage membawa maksud logamaya atau fatamorgana. Fuhhh beza betul panjang pengertiannya dengan yang versi bahasa si kulit putih. 

Mirage adalah satu kejadian semula jadi yang mana kita akan nampak sesuatu objek itu berubah atau berbeza daripada kedudukan asal, disebabkan cahaya yang dipantulkan. Ia adalah hasil daripada pembiasan cahaya. Tetapi mirage juga ada jenis-jenisnya iaitu inferior mirage dan superior mirage. Err, tapi berat untuk saya menjelaskan dengan terperinci berkenaan ini kerana saya tidak mahu mengadakan kelas Fizik di penulisan kali ini. Dan ya, semestinya kerana saya sudah tidak berapa ingat tentang ini *garu kepala, sengih macam kerang busuk*

Namun, contoh yang boleh saya berikan untuk fenomena mirage adalah seperti keadaan objek yang kita lihat melalui gelas yang berisi air, atau objek yang kita lihat jauh di hadapan kita melalui jalan yang sedang membahang. Haaa boleh faham setakat ini?

Okay, setakat itu sahaja kelas Fizik kita pada hari ini. Kembali ke topik asal..

Apa yang saya ingin perkatakan dalam penulisan kali ini adalah berkenaan cerita Mirage tadi. Bagi saya, cerita ini dengan jelas menunjukkan bahawa hanya dengan menukar sekecil-kecil tindakan dalam plot ceritera hidup kita, sudah mampu mengubah sebahagian besar jalan cerita hidup kita kemudiannya.

Mari saya ceritakan serba sedikit sinopsisnya. 
Ehem ehem..


                              Netflix Original : MIRAGE

Cerita ini berkisarkan tentang seorang wanita bernama Vera yang merupakan watak utama dalam cerita ini. Wanita ini mempunyai sebuah keluarga yang baginya cukup sempurna–seorang suami dan seorang anak. Mereka baru berpindah ke sebuah rumah. Namun, mereka mendapati bahawa budak lelaki–Nico–yang menetap di rumah mereka sebelum ini telah meninggal dunia kerana terlibat di dalam sebuah kemalangan. Kejadian ini berlaku kira-kira 20 tahun sebelumnya.

Tiba-tiba, Vera mendapat peluang untuk bercakap dengan Nico (sebelum dia kemalangan), melalui satu fenomena yang dipanggil "mirage". Peluang keemasan tersebut disambar tanpa ragu-ragu oleh Vera dengan menasihati Nico untuk mendengar arahannya supaya dapat mengelakkan Nico daripada dilanggar sebuah kereta. Macam-macam bukti cuba dikemukakan Vera agar Nico mempercayai dan mendengar nasihatnya. Perbualan mereka diakhiri dengan satu cahaya yang menyilaukan pandangan sehingga membuatkan Vera pengsan.

Vera terjaga daripada pengsan, namun tanpa diduga, kehidupannya telah berubah serta-merta. Lebih memilukan, keluarga yang sangat dicintainya tidak wujud! Suaminya telah berkahwin dengan orang lain, jadi ini menyebabkan anaknya yang sangat dikasihi itu tidak pernah dilahirkan. Dan cerita ini diteruskan dengan menayangkan perjalanan Vera dalam mengembalikan kehidupan asalnya. Berjayakah dia? Haaa silalah tonton cerita tersebut. (Fuhhh tak pasal-pasal jadi promoter).

Kita sedia maklum bahawa takdir telahpun ditetapkan buat kita semua. Adakah takdir mampu berubah? Ya, tetapi hanya sebelum sesuatu perkara itu berlaku dengan adanya usaha dan doa (hanya tertakluk kepada takdir muqayyad atau mu'allaq sahaja).

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka." 
Surah Ar-Ra'd 13:11

Namun setelah sesuatu kejadian itu berlaku, itu adalah sesuatu yang tidak mampu kita ubah. Dan di sinilah kita akan faham fungsi ayat yang selalu orang katakan "segala yang berlaku ada hikmahnya". Kerana kita percaya dan yakin, setiap apa yang telah berlaku kepada kita merupakan takdir yang telah ditetapkan untuk kita dan semestinya terselit beribu hikmah untuk kita singkapi. Dan semestinya, itu adalah yang terbaik untuk kita. Sama ada dengan bersyukur atas apa yang belaku atau mengambil iktibar daripada kesilapan yang kita lakukan.

Kita sedar perkara ini, tapi saya yakin ramai yang masih kurang jelas lagi.
Kerana jalan cerita hidup kita terus dimainkan setelah berlaku sesuatu perkara, hasil daripada keputusan kita. Bukannya ada butang replay atau retry pada badan kita untuk kita tekan, dan zuppp, kita boleh mengubah keputusan hidup kita atau mengulang babak yang telah berlalu.

Tapi melalui cerita ini, mereka berjaya menunjukkan kepada kita hal ini dengan lebih jelas, supaya kita dapat lihat konsikuensi yang akan berlaku sekiranya kita cuba mengubah hala tuju sesuatu keputusan yang telah berlaku walaupun hanya sekecil-kecil perkara. Malah dengan sekecil-kecil perkara itu tetap juga membawa perubahan kepada banyak perkara, dan boleh jadi termasuk juga dengan perkara yang tiada kaitan pun dengan hidup kita. 

Cerita ini juga mengajar kita bahawa dalam setiap keputusan yang kita ambil dalam hidup kita, akan ada hasil daripadanya. Contoh mudah saya berikan, kita ada dua jalan untuk pulang ke rumah–jalan yang jauh dan jalan yang dekat. Kita mahu pulang ke rumah, tetapi sebenarnya ada barang yang tertinggal di tempat kerja. Sekiranya ketika itu kita memilih untuk melalui jalan yang singkat, kita mungkin akan sampai ke rumah lebih awal, dan akan teringat barang itu ketika sudahpun sampai di rumah. Tapi, sekiranya kita melalui jalan yang jauh, kita mungkin akan teringat barang yang tertinggal itu ketika masih dalam perjalanan pulang. Setiap pilihan kita itu pula akan membawa kepada cerita yang berbeza, contohnya kita akan berjumpa dengan rakan kita semasa hendak mengambil barang tadi, atau kita akan terus tidur di rumah sahaja.

Ehh macam rumit je perumpamaan ni hahaha..

Okay abaikan.

Saya yakin anda semua bijak belaka. Tidak perlu saya ulas panjang lebar berkenaan perkara ini. (Errr tapi saya benar-benar harap kalian faham apa yang saya cuba sampaikan hahaha).

Dan perlu juga kita ingati bahawa setiap tindakan yang kita ambil ada baik buruknya. Jadi, kita perlu tahu tindakan mana yang terbaik untuk kita lakukan. Kalian mahu tahu caranya? Haaa mari sini saya mahu bisik..

*dengan nada berbisik*
Mohonlah petunjuk daripada Allah s.w.t. melalui istikharah!

:)

Jangan ingat istikharah hanya dilakukan ketika hendak mencari kekasih hati idaman jiwa nurani si pendamping hingga nafas terhenti je.. Ehh

Oh ya! Sebelum saya terlupa. Berkenaan fenomena mirage dalam cerita ini, yang mana kejadian itu telah menghubungkan masa depan dengan masa silam, saya tidak tahu sejauh mana kebenaran fenomena ini boleh berlaku. Dan sebenarnya, tidak ada kaitan pun kejadian logamaya dengan keupayaan mengubah takdir manusia. Tajuk penulisan kali ini hanya sekadar pencipta kontroversi sahaja heheheh..

Setakat itu sahaja celoteh saya kali ini. Hingga berjumpa lagi, kawan.
Salam 'alaik!


P/s : cerita ini mempunyai babak-babak yang tidak elok untuk ditonton. Mohon berhati-hati dan skip babak yang tidak mencapai piawaian. Tontonan di bawah 18 tahun juga adalah tidak dibenarkan. Oh ya! Dan sekiranya anda mahu menonton cerita ini, bersedialah untuk memeningkan kepala anda dengan jalan cerita yang sangat rumit! But still, recommended.


Rujukan :
1) Netflix Original Movie - Mirage.
2) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - Bolehkah Kita Mengubah Takdir?
3) Wikipedia - Mirage.

Special thanks to my bidadaries for the comments and helps. :)

2 comments:

  1. Salam alaik :)
    Nais sharing, moga terus bsemangat utk berkongsi ilmu dengan kami��.
    Btw, apa pengakhiran citer tu? Heheh,tergedik tanya laa pula. *sambil gelak ketawa malu²
    Syukran alaik, boleh masuk list citer yg akan ditonton, utk ambik ibrah��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam alaik~
      Ameen2 ya Allah! Terima kasih kerana mendoakan. :)
      Hahaha saya ni tak suka spoiler, jadi saya tak suka juga jadi spoiler (cehh alasan je tu sebenarnya, kalau saya bercerita, saya akan cerita dari A-Z hehehe)
      Afwan katheer~ insyaAllah, moga mendapat manfaatnya. Terima kasih kerana sudi membaca! :)

      Delete