Salam ‘alaik, geng! Kali ini, aku tidak mahu membuat sebarang perkongsian pun. Jadi aku ingin berpesan awal-awal supaya kalian tidak membuat apa-apa harapan yang tinggi untuk entri kali ini ya! *kenyit mata
Oh ya! Entri kali ini akan menjadi sedikit peribadi, tapi hmmm sekali-sekala apa salahnya kan? Hehehhee..
Oh ya! Entri kali ini akan menjadi sedikit peribadi, tapi hmmm sekali-sekala apa salahnya kan? Hehehhee..
25 JANUARI
Kelmarin merupakan hari kelahiran salah seorang sahabat yang aku sayang. Kami baru berkenalan pada tahun Januari 2018, sempat juga menyambut hari kelahirannya waktu itu, walaupun baru sahaja berkenalan. Kali ini, aku terasa ingin membuat kelainan sedikit bersempena hari kelahirannya. Jadi, entri kali ini ditujukan khas buatnya!
NURUL FARHAH BINTI MOHD ANUAR
Cahaya kegembiraan. Sesuai benar nama ini dengan empunya badannya.
Aku tak berniat nak tulis panjang kali ini, kerana tidak banyak yang aku ingin expose tentang dia. Tapi aku ingin menceritakan satu benda yang aku memang salute siap tabing spring ala-ala tentera lagi dekat dia. Satu benda besar yang aku belajar dari dia adalah tentang khidmatnya kepada kedua ibu bapanya. Rajinnya dia berkhidmat kepada ibu bapanya –masak, kemas rumah, membuat kerja-kerja yang boleh meringankan beban ibu ayahnya, senang cerita macam fulltime housewife la gituu– sehinggakan bila dia nak balik ke kolej untuk pengajiannya, ibu bapanya tanpa segan-silu berkata bahawa mereka akan merindui Farhah ketika ketiadaannya di rumah. Mereka seakan-akan berat untuk berpisah dengannya, walaupun mereka tahu Farhah pergi hanyalah untuk menuntut ilmu.
Rajinnya dia ni sampaikan bila dia tidur dekat rumah aku, ummi aku pun suka betul dengan dia. Mana taknya, boleh pulak tetamu yang masak untuk tuan rumah? Ish, ish, ish..
Setiap kali aku menyatakan kekaguman aku dengan kebaikan dia, laju je dia akan menidakkan segalanya. Katanya dia bukan anak yang baik lah, banyak lagi kekurangannya lah, dan macam-macam lagi lah alasan untuk mengukuhkan hujahnya hahaha. Tapi bagi aku, aku belajar banyak perkara dari dia. Dia antara role model aku untuk ujian yang aku hadapi. And I thank you for that. Alhamdulillah.
I tell you, dia antara orang yang paling unik ujian yang dihadapinya. Macam-macam benda yang dia lalui, boleh buat novel dah agaknya. But trust me, Farhah, all these things had made you who you are now. Look where you are now! Dan aku yakin, banyak lagi benda yang dia akan hadapi, tapi aku lebih yakin yang dia pasti mampu hadapi, selagimana Allah ada di sisi.
Dear, Farhah.
Perkenalan kita mungkin baru bermula, tapi hebat sungguh kepercayaan yang engkau berikan pada diri ini. That trust, I will never take it for granted. I promise.
Dear, Farhah.
Sungguh aku berharap agar Allah menjaga dan memberkati hubungan ini, kekal hingga ke syurga. Ehh, kita jiran kan dekat sana nanti? Hehehe..
Dear, Farhah.
Moga engkau kekal tabah dalam menghadapi ujian-ujian ini. Mungkin adakalanya ujian ini membuatkan kita berputus asa, tapi ingatlah akan adanya bantuan dari Yang Maha Esa. Well, what do we expect from this dunya, right? Dunya is a very scary place, it can make you become somebody you are not, make you blind towards anything that is clear enough, make you forget the very first promise that you made with The Almighty. But, don’t worry, we can get through this as long as we put our faith to Allah.
Dear, Farhah.
Moga seluruh kehidupan Farhah dilimpahi rahmat dan berkat dariNya. Moga Farhah diberikan kejayaan di dunia dan di akhirat, mendapat pengakhiran yang mulia. Moga Farhah menjadi muslimah yang hebat, anak yang solehah, sahabat yang sejati, bertemu dengan orang yang selayaknya untuk Farhah. That man will be the lucky one. :)
Dear, Farhah.
Jika pernah hadir rasa ragu-ragu akan persahabatan ini, katakan pada suara itu bahawa aku takkan pernah lupa dan sentiasa mengingati!
Dear, Farhah.
With all the struggles that you’ve gone through, I know you are stronger than you think you are. Don’t be sad, because Allah is always with us!
Dear, Farhah.
Thank you for being one of my best friends. Siapa sangka kan, adegan mengupas kuetiau bersama-sama boleh mengikat kita hingga sekarang, dan hingga selama-lamanya, insyaAllah! Moga persahabatan kita akan kekal hingga ke syurga, menjadi saksi kita di sana nanti!
Dear, Farhah.
Forget me not, okay~
Dear, Farhah...
SANNAH HELWAH!
Apa lagi guys, jom wish dekat dia! Hehehe..
P/s : Fa, this is the second surprise. Next surprise kena datang Perak dulu baru boleh claim hahaha *gelak jahat
Dear, Farhah...
SANNAH HELWAH!
Apa lagi guys, jom wish dekat dia! Hehehe..
P/s : Fa, this is the second surprise. Next surprise kena datang Perak dulu baru boleh claim hahaha *gelak jahat

No comments:
Post a Comment